Dalam dunia yang semakin digital, hampir semua urusan kini dilakukan secara atas talian. Malaysia kini turut bergerak ke hadapan dengan mengubah cara syarikat melaporkan maklumat kepada kerajaan melalui satu sistem baru yang dinamakan MBRS 2.0.
Apa sebenarnya MBRS 2.0, dan bagaimana ia memberi kesan kepada perniagaan? Mari kita fahamkan dengan cara yang mudah.
Sebelum MBRS diperkenalkan, kebanyakan syarikat di Malaysia masih menghantar laporan mereka secara manual—guna borang kertas, tandatangan fizikal, dan serah ke pejabat SSM. Kaedah ini:
Proses mengambil masa yang lama.
Banyak kesilapan berlaku akibat kesalahan manusia.
Data sukar diakses dan tidak mesra pengguna.
Apabila dunia makin laju dan data makin penting, cara lama ini jadi tidak sesuai lagi.
MBRS 2.0 (Sistem Pelaporan Perniagaan Malaysia versi 2.0) ialah sistem atas talian sepenuhnya yang membolehkan syarikat mengemukakan penyata kewangan dan maklumat korporat secara digital menggunakan format standard yang dipanggil XBRL .
XBRL ialah singkatan kepada eXtensible Business Reporting Language – ia adalah “bahasa bersama” untuk pelaporan perniagaan, yang menjadikan data lebih konsisten dan senang dibaca oleh SSM, juruaudit, bank, dan pelabur.
MBRS 2.0 menawarkan kemudahan seperti
Portal atas talian untuk menghantar dokumen syarikat.
Alat bantu yang memudahkan penyediaan dan semakan dokumen.
“Kamus istilah” untuk semua item pelaporan agar konsisten.
Semua perlu dihantar secara digital sepenuhnya menjelang pertengahan 2025.
SSM melaksanakan MBRS 2.0 secara berperingkat supaya semua pihak boleh menyesuaikan diri:
Selepas 1 Jun 2025, penghantaran manual tidak lagi diterima.
Melalui MBRS 2.0, syarikat perlu menghantar tiga jenis dokumen utama:
Maklumat struktur syarikat, pengarah dan pemegang saham.
Untung rugi, imbangan, aliran tunai, nota & kenyataan pengarah.
Jika ingin mohon pengecualian dari sesetengah keperluan pelaporan.
Semua dokumen ini mesti dihantar secara digital melalui mPortal 2.0 dan dalam format XBRL.
SSM telah menetapkan tindakan jika gagal patuh:
MBRS 2.0 bukan sekadar naik taraf sistem—ia adalah usaha untuk jadikan urusan lebih cepat, lebih telus dan lebih mudah dikawal. MBRS 2.0 juga adalah langkah penting untuk masa depan seperti pelaporan ESG, tadbir urus korporat, dan integriti kewangan.
Kalau anda pemilik syarikat, akauntan, atau setiausaha syarikat, ini masa terbaik untuk mula bersedia. Jangan tunggu sehingga saat akhir.
Shukri Yusof & Co. (Synco) is a member firm of Malaysian Institute of Accountant as well known as Chartered Accountants. Our commitment is to deliver results that exceed expectations with utmost effectiveness and efficiency.