Sebagai pemilik perniagaan, ramai yang tidak sedar bahawa cara kenderaan digunakan dan direkodkan boleh memberi kesan besar terhadap jumlah cukai yang perlu dibayar. Berikut panduan ringkas untuk bantu anda faham bagaimana LHDN menilai kenderaan dalam konteks percukaian.
Dalam akaun perniagaan, kenderaan dianggap sebagai aset dan akan disusut nilai setiap tahun. Tapi untuk cukai, LHDN tak terima susut nilai ini. Mereka guna kaedah lain yang dipanggil Elaun Modal (Capital Allowance).
Ramai pemilik perniagaan kecil buat kesilapan dengan anggap semua kenderaan yang dibeli atau digunakan boleh ditolak sebagai kos perniagaan. Sebenarnya, tidak semua kenderaan layak, dan tidak semua perbelanjaan berkaitan kenderaan boleh ditolak dalam cukai.
LHDN hanya benarkan perbelanjaan atau elaun modal ke atas kenderaan yang benar-benar digunakan untuk perniagaan. Jika kenderaan digunakan secara peribadi atau bercampur, maka hanya sebahagian sahaja boleh dituntut — itu pun jika ada bukti.
Kesan : LHDN anggap penggunaan peribadi → elaun modal ditolak sepenuhnya
Kesan : Pegawai audit boleh anggap ianya bukan berkaitan bisnes
Kesan : LHDN hanya benarkan sehingga RM50,000 atau RM100,000 (bergantung pada jenis kereta)
LHDN memang berhak semak dan soal. Tapi mereka juga ada keterbatasan — terutama bila berdepan perniagaan kecil yang tak banyak dokumen.
Jangan takut audit kalau anda jujur dan sedia maklumat asas. Usahawan bijak urus cukai dengan cara yang mudah, bersih dan bertanggungjawab.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian +605-5451122 atau tinggalkan komen di bawah. Kami akan menghubungi anda dalam tempoh 48 jam.
Shukri Yusof & Co. (Synco) is a member firm of Malaysian Institute of Accountant as well known as Chartered Accountants. Our commitment is to deliver results that exceed expectations with utmost effectiveness and efficiency.